Amaran tahap waspada di Jerantut, Kuantan, Pekan

Amaran tahap waspada di Jerantut, Kuantan, Pekan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di lapan negeri di antara esok dan Ahad ini. 

MetMalaysia dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di empat negeri mulai esok hingga Sabtu iaitu Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan) serta seluruh Terengganu. 

Cuaca sama turut diramalkan berlaku esok di Sabah melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat manakala di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pula hujan berterusan diramal berlaku bermula Sabtu hingga Ahad ini. – BERNAMA