KUANTAN 13 Februari 2024 (FIKRAH PAHANG) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Dato’ Amizar Abu Adam petang tadi mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang di Istana Abdulaziz.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan itu berlangsung di hadapan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Amizar, 50 yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Oktober 2023, dengan majoriti 2,949 undi selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli
PRK DUN Pelangai diadakan selepas diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Dato’ Seri Johari Harun maut dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos tahun lalu.
YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut hadir bersama barisan Exco Pahang yang lain
oleh : Kabhi Ismail