Anak B40 Kerdau bakal pakar automobil

Anak B40 Kerdau bakal pakar automobil

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my 

TEMERLOH: Seramai enam pelajar kurang berkemampuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerdau dan SMK Telok Sentang di sini, akan menerima tajaan dermasiswa daripada Universiti Automotif Malaysia DRB HICOM (DHU) di Pekan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, enam pelajar berkenaan yang terdiri daripada keluarga B40, diharapkan mampu menjadi jurutera dalam bidang automotif apabila tamat pengajian di universiti berkenaan.

“DHU bakal menaja enam pelajar ini sepenuhnya dan pihak universiti sudah menghubungi Pusat Khidmat DUN Kerdau bagi menyatakan tawaran ini.

“Kita ucapkan tahniah kepada enam pelajar ini dan berharap tawaran ini tidak disia-siakakan demi kejayaan diri dan membantu keluarga mereka keluar daripada kemiskinan satu hari nanti.

“Terima kasih juga atas kerjasama pihak sekolah, PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) sekolah terbabit dan JKKK (Jawtankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) yang banyak membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.