KUANTAN: Anggota Kerja Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) diminta terus memberikan perkhidmatan yang efektif, berintegriti, amanah dan progresif.
Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak, berkata ia seiring dengan kepesatan transformasi teknologi dan era digital sekarang.
“Sebagai Anggota Kerja UniPSAS, tugas kita sangat penting kerana perlu bijak menangani perubahan secara profesional, adil, saksama dan berintegriti.
“UnIPSAS amat memerlukan warga kerja yang profesional, progresif, kreatif, inovatif, berketerampilan dan bijaksana yang holistik untuk bersama-sama menjayakan semua dasar UnIPSAS.
“Oleh itu, saya ingin menyeru agar semua Anggota Kerja UnIPSAS untuk terus memberikan perkhidmatan yang efektif, berakauntabilti, berintegriti, amanah dan progresif,” katanya.
Sallehuddin berkata demikian sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2020 UniPSAS di Audiotorium UniPSAS, di sini, hari ini.
Hadir sama, Naib Canselor UniPSAS, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin.
Pada majlis itu, turut diadakan penyampaian watikah pelantikan Al-Fadhil Al-Syeikh Dr Abdel Karim Elsayed Elbadawi Ahmed Soliman Al-Nadawi sebagai Felo Akademi Hadis UniPSAS. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN