Oleh Husin Ibrahim
fikrahpahang@gmail.com
Kuala Krau: Tiga puluh anggota Senoi Praaq dari Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak, dihantar untuk memperkukuhkan kawalan di kawasan Parlimen Kuala Krau sempena Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Timbalan Menteri Dalam Negeri 1 yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau, Dato’ Sri Ismail Mohd Said, berkata diketuai Inspektor Khor Khai Zhen.
Ismail berkata, Senoi Praaq yang tiba malam Khamis lalu itu adalah khusus untuk menjaga keselamatan, membuat rondaan dan tugas tugas lain seperti selatan jalan raya (SJR ) di perkampungan Orang Asli dalam Parlimen Kuala Krau .
Ismail Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani dan semua pihak yang terbabit melaksanakan kawalan keselamatan di kawasan itu.
“Saya sangat berharap agar kes dapat dikurangkan dan penularan Covid-19 dapat dihentikan dengan adanya bantuan penugasan oleh pasukan Senoi Praaq ” katanya.