Angkasa, JAKOA Pahang jalin kerjasama perkasa koperasi Orang Asli

Angkasa, JAKOA Pahang jalin kerjasama perkasa koperasi Orang Asli

Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com
pic Muhammad Izz Zahin

KUANTAN: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sedia menjadi orang tengah dalam membantu memperkasakan 48 koperasi Orang Asli di Pahang.
Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata pihaknya bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang akan berusaha
memasar produk yang dihasilkan oleh koperasi berkenaan.
Katanya, berdasarkan statistik, sebanyak 48 koperasi Orang Asli didaftarkan dengan jumlah lebih 2,000 ahli.
“Kebanyakan produk yang dihasilkan seperti herba dan hasil hutan yang berkualiti. Bagaimanapun, penanaman vanila dilihat mampu menjana
pendapatan kepada koperasi Orang Asli.
“Setakat ini, tiga koperasi menyatakan komitmen untuk menyertai projek tanaman itu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat
Kerjasama Strategik ANGKASA dan JAKOA Pahang, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah JAKOA negeri, Johari Alwi.
Mengulas projek tanaman vanila, Abdul Fattah berkata, kerjasama Angkasa dan JAKOA bagi projek itu dijangka dimuktamadkan hujung tahun ini.
“Kita harap projek in