KUANTAN: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin menerima Asia Tourism Recovery Champion Award.
Anugerah itu diterima daripada Asia Center of Tourism, Asia e University (AeU) atas usaha yang dilakukan dalam memulihkan sektor pelancongan di Pahang.
“Terima kasih kepada Asia Center of Tourism, Asia e University di atas pemberian Asia Tourism Recovery Champion Award kepada saya.
“Sesungguhnya anugerah ini bukanlah untuk saya sahaja tetapi juga kepada pasukan Tourism Pahang yang bersama-sama mengilhamkan pelbagai inisiatif untuk memastikan Pahang akan terkehadapan dari segi kehadiran pelancong,” katanya menerusi hantaran Facebook.
Justeru, Mohd Sharkar berkata, kerajaan negeri melalui Tourism Pahang mengharapkan Pahang akan mencatat kedatangan lapan juta pelancong dengan pembukaan sempadan pada 1 April ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN
tamat
Headlines: Anugerah ini untuk semua, kata Mohd Sharkar