KUANTAN. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin, sepanjang dua hari, bermula esok.
Menerusi satu kenyataan hari ini, ribut petir dijangka berlaku di Cameron Highlands, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin.
Bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini, orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia iaitu di https://www.met.gov.my/.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN