Aokme di Pekan tu tolonglah patuh SOP

Aokme di Pekan tu tolonglah patuh SOP

KUANTAN: Peningkatan kes Covid-19 di Pahang, khususnya di Pekan dapat dielakkan jika semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Justeru, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Dato’ Dr Nor Azimi Yunus meminta masyarakat berusaha memahami cara hidup norma baharu dan tidak leka kerana wabak Covid-19 belum berakhir.

“Berdasarkan rekod kes di Pahang ketika ini, balik kampung dan menghadiri majlis kenduri tanpa pematuhan SOP menyebabkan peningkatan kes khususnya di Pekan. Peningkatan di Pekan ini disumbangkan oleh kes di Felda Chini.

“Statistik menunjukkan 62 kes Covid-19 daripada 25 keluarga dikesan di Felda Chini 1 hingga Felda Chini 3.

“Hasil siasatan mendapati waris dan ahli keluarga pulang ke kampung membawa Covid-19 bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, beliau menasihati masyarakat sebaiknya melaksanakan ujian saringan kendiri sebelum pulang ke kampung atau selepas pulang dari tempat percutian. – 

MUHAMMAD IZZ ZAHIN