Aokme ingatlah empat kejayaan besar ni

Aokme ingatlah empat kejayaan besar ni

KUANTAN: Empat kejayaan besar dicatatkan sepanjang Barisan Nasional (BN) mentadbir Pahang empat tahun lalu, sekali gus meletakkan negeri ini antara paling ke depan dalam soal kemajuan dan pembangunan negeri di Malaysia.

YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata empat kejayaan besar itu adalah peningkatan hasil pendapatan negeri yang konsisten tahun demi tahun, kejayaan menarik pelaburan asing berjumlah RM20.56 bilion, pengurangan hutang kerajaan negeri daripada RM3.13 bilion kepada RM952 juta dan kejayaan penyaluran bantuan serta program kebajikan kepada rakyat Pahang berjumlah RM78 juta.  

“Alhamdulillah, Pahang sejak empat tahun lalu mencipta kemajuan ketara hasil pembangunan yang dirancang secara berfokus dan sistemetik. Kejayaan perancangan pembangunan ini terhasil daripada kestabilan politik dan ekonomi yang dibina.

“Meskipun berdepan tempoh pandemik COVID-19 yang panjang, namun alhamdulillah, kejayaan yang dikecapi, saya boleh rangkumkan kepada empat kejayaan besar berkenaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Peringkat Negeri Pahang, di sini, hari ini.

Program yang dirasmikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob itu turut dihadiri Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien.

Hampir 50,000 pengunjung memeriahkan JAKM Peringkat Negeri Pahang yang bermula sejak semalam.

Pahang adalah lokasi ke 12 dan terakhir JAKM dan mendapat sambutan luar biasa di dua lokasi penganjurannya iaitu di perkarangan Stadium Darul Makmur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC). – HELMY ABD RAHMAN