KUANTAN: Sekurang-kurangnya 2,644 pengguna jalan raya di Pahang hadir menjelaskan saman pada hari pertama pengurangan kompaun 80 peratus di kaunter saman trafik di seluruh Pahang, semalam.
Ketua Polis Pahang, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sambutan menggalakkan itu diadakan sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dengan had minimum bayaran kompaun saman adalah RM30.
Sehubungan itu, beliau menasihati semua pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan apabila berada di jalan raya.
“Langkah itu bagi mengelak dikenakan tindakan saman atas pelbagai kesalahan sehingga boleh dibawa kes ke mahkamah jika dapat membayar kompaun dalam tempoh ditetapkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN