KUANTAN: Kerajaan Pahang menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat terutama mengenai banjir daripada sumber sahih daripada pihak berkuasa atau laporan media berasas.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini, Kerajaan Pahang berkata, sebarang berita atau maklumat palsu boleh mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.
“Mohon tidak sebarkan sebarang berita atau maklumat palsu yang boleh mencetuskan panik orang ramai.
“Dapatkan sumber atau maklumat sahih daripada pihak berkuasa atau pihak berwajib untuk kepastian,” demikian menurut hantaran berkenaan. – ZULKEPLI OSMAN