KUANTAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang sedia menghantar lebih ramai anggota untuk misi bantuan pasca banjir ke Terengganu.
Pengarahnya, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, penghantaran pasukan 30 anggota bersama lori sudah dihantar ke Kemaman, semalam, dan kemungkinan tambahan 30 anggota ke Hulu Terengganu, Ahad depan.
“Pada masa yang sama, kami mempersiapkan anggota secara berperingkat untuk fasa seterusnya berdasarkan keperluan melalui penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun APM Ke-70 di Ibu Pejabat APM Pahang, di sini, semalam.
“Kita sedia menghantar di antara 60 dan 80 anggota bagi misi bantuan pasca banjir ke beberapa daerah di Terengganu bagi membantu membersih kediaman penduduk,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD.