APM Pahang dah agih 5,000 kit makanan mangsa banjir

APM Pahang dah agih 5,000 kit makanan mangsa banjir

KUANTAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang menerima kira-kira lima ribu kit makanan daripada  Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diagihkan kepada mangsa banjir di negeri ini. 

Pengarahnya, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata: “Kita telah agihkan kit makanan kepada 12 pejabat APM daerah di samping Unit APM Jengka, Maran untuk mereka agihkan kepada mangsa banjir di kawasan masing-masing.

“Setiap daerah menerima di antara 50 dan 500 kit makanan dan agihan dilakukan membabitkan empat fasa sejak 27 Oktober lalu,” katanya, di sini, hari ini.

Adam berkata, setiap kit mengandungi makanan seperti biskut, kicap, sardin, gula, tepung, garam, kopi, susu dan bihun. – MOHD IMRAN IZZAD