Athirah jururawat bertuah

Athirah jururawat bertuah

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: “Saya berasa bertuah apabila diberi peluang memberi suntikan vaksin Covid-19 yang ke 47,783 sebelum PPV (Pusat Pemberian Vaksin) ditutup sepenuhnya semalam,” kata jururawat Athirah Zaaba, 25.

Athirah berkata, PPV Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah@IIUM (SASMEC @IIUM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, ditutup sejak mula dibuka pada 19 Julai lalu.

Katanya, dia bersama kembarnya, Athilah bangga dapat berbakti kepada negara bagi melawan ancaman wabak Covid-19 yang menyerang negara kini.

“Saya dan rakan jururawat lain tidak pernah membayangkan kami mampu melakukan suntikan sehingga 60 dan 70 dos sehari,” katanya yang menetap bersama keluarga di Indera Mahkota, di sini.

Sementara itu, Pengurus PPV IPT @ SASMEC IIUM Kuantan, Dr Abdul Rahim Mohamed Sirajudeen berkata, dia bersyukur tanggungjawab yang diberikan kerajaan negeri serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan mengikut jadual.