KUANTAN: Sejak hari pertama diumumkan sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya, nama Dato’ Mohd Nizar Najib menjadi sebutan ramai khususnya di Pekan.
Di mana-mana sahaja Mohd Nizar berkempen, pengundi sentiasa menanti kehadirannya. Auranya begitu menyerlah.
Begitu juga pengikutnya di laman sosial Facebook yang sentiasa cakna perkembangannya sepanjang kempen berlangsung.
Ramai memberi komen yang membayangkan keinginan mereka untuk melihat Mohd Nizar untuk terus mengekalkan BN di DUN Peramu Jaya.
“Terbaik Dato Nizar! Semoga Dato Nizar berjaya di PRU-15 ini nanti. Aamin,” kata
pemilik akaun yang menggunakan nama Raz Sahaq.
Seorang lagi pengguna, Talian Hayat Mu mendoakan kemenangan buat anak sulung bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak itu.
“Terbaik Dato Nizar Najib. Semoga BN menang bergaya lagi seperti PRK dan PRN sebelumnya. Inn Shaa Allah.”
Puteri Izanina turut mendoakan kemenangan untuk Mohd Nizar seraya memberikan ulasan: “Semoga beroleh kemenangan, teruskan bersama rakyat sekarang dan selepas PRU. Kekal semangat. Tetap BN.”
Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO Pekan mempunyai 5,300 pengikut di Facebook dan 7,501 pengikut di Instagram.
Beliau berdepan saingan empat penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN) Abu Talib Muhammad, Tugimon Abdul Hamid (PH) dan calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin. – NUR HANNAH KHADIJAH