Awas! Lima daerah di Pahang dalam Zon Merah COVID-19

Awas! Lima daerah di Pahang dalam Zon Merah COVID-19

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sebanyak lima daerah di negeri ini dikategorikan zon merah membabitkan penularan COVID-19 sehingga jam 12 tengah hari, hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) memaklumkan, daerah terbabit ialah Kuantan, Bentong, Temerloh, Pekan dan Maran.

“Raub, Jerantut, Rompin dan Cameron Highlands pula kini dikategorikan zon kuning manakala hanya dua daerah berada dalam zon hijau iaitu di Bera dan Lipis,” JKNP dilaporkan berkata.

Menurut JKNP lagi, setakat jam 12 tengah hari ini, sebanyak 28 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 3,406.

“Semua 28 kes adalah warganegara iaitu sebanyak 16 kes membabitkan Kluster Tanah Putih, Kluster Rantau Tanjung (enam) dan Kluster Taman Murni (satu).

“Terdapat dua kes membabitkan saringan kontak dan dua lagu saringan bergejala serta satu saringan OKT (orang kena tahan),” kata JKNP.