KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel memuji semangat juang anak buahnya selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC, 2-1, di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Katanya, kemenangan itu juga adalah yang kedua buat skuad Tok Gajah sekali gus melonjak ke tangga keenam dalam saingan Liga Super.
“Saya gembira dengan prestasi dan komitmen yang dipersembahkan semua pemain dalam usaha mengutip tiga mata.
“Kejayaan ini diharap memberi suntikan semangat untuk bermain dengan lebih cemerlang pada perlawanan akan datang,” kata jurulatih dari Perancis itu.
Pada perlawanan itu, dua gol Sri Pahang, masing-masing satu dijaringkan oleh Nor Azam Azih dan Manuel Hidalgo pada minit ke-32 dan m-77.
Gol tunggal KL City dijaringkan oleh Paulo Josue minit lima sebelum perlawanan tamat.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN