Azwan idam tiga mata 

Azwan idam tiga mata 

PEMAIN pertahanan Sri Pahang FC, Azwan Aripin berhajat membantu pasukan untuk mendapatkan tiga mata apabila berdepan Kedah Darul Aman (KDA), Isnin ini.

Katanya, kelebihan beraksi di halaman sendiri akan dimanfaatkan sebaik mungkin, sekali gus meneruskan aksi cemerlang skuad Tok Gajah.

“Kami tidak boleh terlepas tiga mata dan apa yang perlu lakukan adalah meneruskan aksi konsisten seperti yang dipersembahkan ketika menang 2-0, ke atas Selangor FC, Rabu lalu.

“Biarpun menjangkakan KDA akan memberikan tentangan sengit, kami sudah bersedia menyekatnya.

“Diharapkan persembahan menyakinkan dapat diterjemahkan untuk meletakkan kembali Sri Pahang pada prestasi terbaik,” katanya.

Ketika ini, Sri Pahang berada di kedudukan kesembilan liga dengan mengutip 11 mata selepas 12 perlawanan.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN