Bacaan al-Quran bergema di Bukit Sekilau

Bacaan al-Quran bergema di Bukit Sekilau

KUANTAN: Lima puluh kakitangan Pejabat Pembangunan Hutan Bukit Sekilau, di sini, menyertai program khatam al-Quran dan ceramah agama.

Pengerusi penganjur program, Nurfazliza Kamarulbahrin berkata, walaupun sentiasa dibebani tugas, tuntutan terhadap agama tidak pernah dilupakan.

Menurutnya, program khatam al-Quran dan ceramah agama antara aktiviti tahunan yang diadakan dalam usaha mengeratkan lagi hubungan di kalangan kakitangan di semua peringkat.

“Kerjasama yang diberikan setiap kakitangan di semua peringkat amat menggalakan. Penat bertugas di hutan bukan halangan untuk kami aktif,” katanya.-¬† MOHD IMRAN IZZAD