Bakti PATIK di bumi Pahang

Bakti PATIK di bumi Pahang

KUANTAN: Walaupun baru setahun ditubuhkan, Pertubuhan Amal Tiara Kasih (PATIK) boleh berbangga kerana mampu menganjur dan menjayakan lebih 50 program bantuan bagi pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini.

Pengerusinya, Tunku Zara Fakia Faranaz Tunku Ismail, berkata PATIK adalah hasil gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu mangsa banjir pada tahun lalu.

“Pertubuhan ini ditubuhkan pada 2 Mac 2021 dan sebenarnya adalah daripada gabungan beberapa NGO untuk membantu mereka yang terkesan pada musibah banjir awal tahun lalu.

“Sedar tak sedar PATIK sudah menganjurkan lebih 50 program dengan pembabitan dan bantuan pelbagai pihak antaranya syarikat korporat dan agensi kerajaan selain kerajaan negeri sendiri.

“Kami juga amat mengalu-alukan jika ada pihak ingin menghulurkan bantuan melalui PATIK,” katanya kepada Fikrah Pahang pada program SInar Kasih Ramadan di sini, semalam.

Pada program itum seramai 60 kanak-kanak dan wanita dari Pusat Perlindungan Wanita & Kanak-Kanak Casa Harapan dan Casa Femina diraikan dalam satu majlis berbuka puasa yang ditaja Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad. 

Syed Ibrahim juga sempat mengagihkan duit raya kepada setiap penghuni selepas selesai majlis berbuka puasa itu. – FIKRAH PAHANG