Bakul makanan buat bekas tentera

Bakul makanan buat bekas tentera

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

KUANTAN: Pasukan Sukarelawan Penyelamat Kecemasan dan Perubatan Bakti Malaysia (PSPKPBM) mengagihkan bantuan lebih 350 bakul makanan kepada kumpulan yang terkesan berikutan pandemik Covid-19 dan PKP 3.0

Timbalan Presiden 2 PSPKPBM, Dato’ Sheeda Romli, berkata agihan bantuan keperluan asas itu dilakukan dengan kerjasama kerajaan negeri, sejak tahun lalu.

KUANTAN.Timbalan Presiden 2 PSPKPBM, Datuk Sheeda Romli dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteren ATM, Cawangan Pahang Mejar Khairul Ashinar Azid 
menyerahkan bantuan bakul makanan kepada bekas tentera.

Sehingga ini, katanya, program bantuan dilakukan hampir di semua negeri di semenanjung manakala ketua isi rumah (KIR) yang layak menerima bantuan disediakan jawatankuasa bantuan bakul makanan.

“Sokongan kerajaan negeri sebenarnya banyak membantu meringankan lagi keperluan golongan terbabit. 

“Menjadi tanggungjawab kita membantu,” katanya pada program sumbangan 50 bakul makanan kepada keluarga bekas tentera sempena Hari Kebangsaan Ke-64, di sini, semalam.