KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bersama rakyat Pahang mengucapkan tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang genap setahun dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-9.
Wan Rosdy berkata, penghargaan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas segala jasa, sumbangan, pencapaian dan usaha yang telah dilakukan selama ini.
“Semoga YAB Perdana Menteri dikurniakan ketabahan, kesihatan yang berpanjangan serta kebijaksanaan untuk mentadbir negara yang tercinta demi mencapai kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada 21 Ogos. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN