KUANTAN: “Setiap kali tiba bulan kemerdekaan, rumah saya akan hias dengan lebih dua ratus Jalur Gemilang pelbagai saiz.
“Saya bangga dapat menyambut tarikh keramat 31 Ogos bersama kibaran bendera negara,” kata pesara Md Amin Sarju, 58 yang menetap Taman Indera Sempurna, di sini.
Menurutnya, sejak 15 tahun lalu dia dan isteri, Rozana Sarman, 56, akan menghias bahagia dalam dan kawasan rumah dengan Jalur Gemilang bersama bendera negeri termasuk tulisan tema dan replika hari kebangsaan.
Katanya, setiap tahun dia perlu membeli Jalur Gemilang baharu namun ada juga bendera lama yang masih berkeadaan baik dan warnanya masih terang tetap digunakan.
“Jiran saya pun turut sama membantu menghias kawasan rumah kami dengan Jalur Gemilang. Ada antara jiran memberi cadangan supaya susana lebih menarik dan ceria,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD