Bangga dapat tauliah Inspektor Kor Suksis

Bangga dapat tauliah Inspektor Kor Suksis

PEKAN: Lima puluh tujuh penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menamatkan latihan tiga tahun Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis). 

Mereka terdiri daripada 25 penuntut lelaki dan 32 perempuan serta tujuh jurulatih.

Pelatih terbaik keseluruhan UMP, Mohamad Syafiq Tumin, 23 berkata dia berbangga dan bersyukur apabila impian untuk menerima anugerah pelatih terbaik akhirnya menjadi kenyataan.

“Selepas mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang mengikuti latihan, saya berjaya memiliki sijil tauliah ini.

“Sejak kecil saya meminati bidang polis. Itu sebab saya tidak melepaskan peluang untuk menyertai Suksis apabila menyambung pengajian di UMP,” katanya yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.

Beliau berkata demikian pada Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pentauliahan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) disempurnakan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Dato’ Aidi Ismail di UMP kampus Pekan, di sini, semalam.

Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof Dato’ Dr Yuserrie Zainuddin. –  MOHD IMRAN IZZAD