Bank Muamalat buka cawangan baharu di Indera Mahkota

Bank Muamalat buka cawangan baharu di Indera Mahkota

KUANTAN: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) membuka cawangan baharu yang kelima di Pahang dan ke-68 di Malaysia di Indera Mahkota, di sini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata 

Bank Muamalat cawangan Indera Mahkota itu berada di lokasi strategik kerana dekat dengan pusat pentadbiran negeri yang baharu.

Menurutnya, cawangan terbaharu bank itu sudah menerima hampir 300 pelanggan baharu dengan jumlah transaksi perniagaan melebihi RM8 juta, sejak mula beroperasi 9 Disember lalu. 

“Pembukaan cawangan ini akan memberikan perkhidmatan perbankan lengkap kepada sekurang-kurangnya 248,946 penduduk sekitar,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Bank Mualamat cawangan Indera Mahkota yang  disempurnakan Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Dato’ Mohamad Nizar Mohd Najib.

Pada majlis berkenaan Bank Muamalat turut menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial korporat kepada masjid dan rumah kebajikan sekitar Kuantan berjumlah RM10,000.

Selain Indera Mahkota, bank itu turut mempunyai cawangan di Mentakab, Temerloh, Kuantan dan Pekan. – NUR HANNAH KHADIJAH