Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com
KUANTAN: Lima puluh beg makanan disampaikan kepada anggota dan ahli keluarga pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Galing yang sedang menjalani tempoh kuarantin.
Penyerahan sumbangan barang keperluan itu disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid di Pejabat UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, di sini.
Menurut Mustaffar Kamal, sumbangan itu disampaikan kepada ahli anggota PGA Kem Galing sebagai tanda prihatin.
“Saya doakan semoga anggota PGA dan ahli keluarga yang dijangkiti COVID-19 kembali pulih serta usaha ini diberkati Allah SWT.
“Oleh itu, saya harap kita bersama menjaga diri dan keluarga dalam memutuskan rantaian Covid-19,” kataya.