ROMPIN: Pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menyumbang RM4,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, di sini, semalam.
Sumbangan RM2,000 turut diberikan Persatuan Kebajikan dan Sukan JPNP (PEKSJAP) kepada pusat berkenaan yang kini menempatkan 52 kanak-kanak.
Pengarah JPNP, Dato’ Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, sumbangan diharapkan dapat menampung perbelanjaan pihak pengurusan menguruskan rumah Nur Iman yang menempatkan anak yatim dan miskin.
“Menjadi tanggungjawab saya dan kakitangan JPNP menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan terutama anak yatim dan miskin di Pahang,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bersama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan Iftar Ramadan 2022, di sini, semalam. – MOHD IMRAN IZZAD