Bantuan untuk memperkasakan pembelajaran ICT

Bantuan untuk memperkasakan pembelajaran ICT

PEKAN: Kerajaan Pahang menyalurkan sumbangan RM10,000 bagi tujuan menaik taraf kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) terutama membabitkan 13 kelas Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF).

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Pahang, Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Mohammad Fakhruddin berkata, sumbangan itu atas keprihatinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdi Wan Ismail.

“Sumbangan diharap dapat melancarkan proses pembelajaran pelajar di SMATAF dan tidak akan ketinggalan dalam bidang berkaitan sains, teknologi, komunikasi dan multimedia,” katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan SMATAF 2022, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mohammad Fakharuddin turut menyampaikan hadiah kecemerlangan bagi kategori Pelajar Cemerlang, Guru Cemerlang, Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan, Nasyid dan Tilawah, Tahfiz Al-Quran, Seni Khat, Syarahan.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN