Banyaknya bantuan untuk rakyat Pahang

Banyaknya bantuan untuk rakyat Pahang

KUANTAN: Kerajaan Pahang menyediakan bantuan lebih RM1 juta diberikan kepada 3,022 golongan miskin, miskin tegas, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) B40 dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.

  Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Dato’ Zulkhairi Zainol Abidin berkata, bantuan berkenaan antara bukti keprihatinan kerajaan Pahang dalam membantu meringankan beban golongan terbabit.

  Menurutnya, dalam tempoh berkenaan kerajaan negeri dibawah pimpinan YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail turut menyediakan peruntukan lebih RM183,000 bagi menyediakan alat tiruan anggota kepada 70 individu.

  “Kerajaan Pahang tidak pernah melupakan tanggungjawab membantu peniaga kecil, peruntukan sebanyak RM81,000 diberikan kepada 30 usahawan.

  “Saya percaya tahun depan lebih banyak bantuan disediakan oleh Kerajaan Pahang kepada golongan memerlukan di negeri ini,” katanya, di sini hari ini.

  Beliau menambah, tahun ini kerajaan persekutuan turut menyediakan bantuan lebih RM11.5 juta diberikan 26,649 penerima. – MOHD IMRAN IZZAD.