Baqiuddin intai kesebelasan utama

Baqiuddin intai kesebelasan utama

PEMAIN tengah Sri Pahang FC, Baqiuddin Shamsudin akan memastikan khidmatnya berada dalam senarai kesebelasan utama skuad itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Biarpun perlu bersaing dengan beberapa pemain, pemain berumur 28 tahun itu mahu memikat hati ketua jurulatih, Christophe Gamel.

“Saya harap dapat kekal beraksi dalam skuad utama seperti musim lalu. Tapi, saya perlu tingkatkan lagi prestasi untuk berada dalam perancangan jurulatih.

“Boleh saya katakan bahawa musim ini penampilan Sri Pahang agak berbeza kerana memiliki ramai pemain termasuk baharu dan import,” katanya.

Musim lalu, Baqiuddin yang menyarung jersi Sri Pahang pada musim pertama menjadi pilihan utama apabila beraksi dalam 27 perlawanan.

Beliau turut menjaringkan dua gol dan berazam untuk tampil lebih baik dan konsisten untuk membantu Sri Pahang melakar kejayaan musim 2022. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN