Baqiuddin, Syaahir aset masa depan FC Pahang

Baqiuddin, Syaahir aset masa depan FC Pahang

WALAUPUN kandas ke suku akhir Piala Malaysia musim ini, ketua jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh tetap bangga dengan peningkatan prestasi yang dipersembahkan pasukan itu terutama pemain muda.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, komitmen dan keyakinan tinggi yang dipamerkan beberapa pemain muda memberi tanda positif buat skuad Tok Gajah.

“Saya lihat ada beberapa pemain muda membuktikan mereka mampu bersaing dalam Liga Super dan Piala Malaysia. 

“Pencapaian yang dilakukan pemain berkenaan membantu membentuk pasukan yang lebih mantap musim depan,” katanya.

Beliau berkata, antara pemain yang menunjukkan peningkatan ketara dan mampu menyinar ialah Baqiuddin Shamsudin dan Muhammad Syaahir Saiful Nizam.

Katanya, mereka membuktikan mampu memberi persembahan menyakinkan terutama bersaing dengan pemain yang lebih berpengalaman.

“Dengan prestasi itu saya percaya pada saingan Liga Malaysia musim depan, mereka akan lebih menyerlah dan yakin,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN