Belaian Kasih Ramadan rai 80 anak yatim, asnaf

Belaian Kasih Ramadan rai 80 anak yatim, asnaf

KUANTAN: Kira-kira 80 anak yatim dan asnaf diraikan pada Program Belaian Kasih Ramadan anjuran Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar 2 (PEKA 2) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Dewan Astaka UMP Gambang, di sini, semalam.

Program itu turut dihadiri Naib Canselor UMP, Prof Dato’ Dr Yusserie Zainuddin; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Mohd Rosli Hainin; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Kamal Zuhairi Zamli dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Mohd Rusllim Mohamed.

Penasihat program merangkap Pengetua PEKA 2, Nasrul Salim Pakheri, berkata program itu dianjurkan untuk  berkongsi kegembiraan bersama golongan kurang bernasib baik untuk berbuka puasa bersama dan merasai pengalaman berada di persekitaran kampus.

Katanya, semua anak yatim dan asnaf itu yang diraikan itu adalah penghuni Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah dan Rumah Anak Yatim Asnaf Permata Al-Kauthar.

“Kami berterima kasih kepada seluruh warga UMP dan masyarakat luar, agensi swasta yang menyumbang dalam menjayakan program ini,” katanya.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN