KUANTAN: Menjunjung titah perintah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimaklumkan bahawa bendera negeri Pahang akan dikibarkan separuh tiang sepanjang tiga hari, bermula esok.
Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak, berkata pengibaran bendera Pahang separuh tiang itu bagi menzahirkan penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN