JERANTUT: Ahli Parlimen Jerantut, Dato’ Ahmad Nazlan Idris menziarahi mangsa rumah yang terbakar pada Aidilfitri kedua di kampung Bukit Mat Daling, Ulu Tembeling, semalam.
Rumah Sartoni Karim dan isterinya Wan Rozmah Wan Md Alam, musnah dalam kebakaran pada kira-kira 9 malam, Selasa lalu .
Ketika kejadian pasangan itu berada di Kuantan kerana menemani anak mereka yang menjalani pembedahan.
“Saya simpati dengan nasib yang menimpa mereka dan turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda simpati atas apa yang menimpa mereka sekeluarga.
“Saya doakan agar Allah SWT mengurniakan kesabaran, pahala yang berlipat ganda dan dikurniakan gantian yang lebih baik,” katanya. – MUHAMMAD NAJMIE