Berat sama-samalah kita pikul

Berat sama-samalah kita pikul

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com 

RAUB: Sekurang-kurangnya 130 operator, pekerja kantin dan dewan makan asrama sekolah di Raub yang terjejas dengan pandemik Covid-19 menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 3.0 daripada Kerajaan Pahang, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Dato’ Abd Aziz Mat Kiram, berkata bantuan itu diharap meringankan beban yang dihadapi golongan itu.

“Saya mewakili penerima berterima kasih kepada YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail di atas keprihatinan beliau menyalurkan bantuan ini.

“BPP ini sudah pasti sedikit sebanyak memberikan kelegaan dan keceriaan ketika negara masih lagi berdepan dengan wabak Covid-19,” katanya.

Pada program itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang menyampaikan sumbangan BPP 3.0 kepada penerima secara pandu lalu di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Raub.