Berbelanjalah dengan berhemah yek

Berbelanjalah dengan berhemah yek

KUANTAN: Penerima Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) daerah Kuantan Fasa 1 dinasihat berbelanja dengan berhemah. 

Timbalan Menteri Kewangan I, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, berkata bantuan itu diharap dapat memulihkan kembali kehidupan.

“Saya sebagai pemimpin, InsyaAllah akan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk masyarakat,” katanya pada majlis penyerahan BBKA di Dewan Bandaraya, Kompleks MBK, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, kira-kira dua ribu ketua isi rumah (KIR) BKKA Fasa 1 menerima bantuan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata, bantuan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan banjir pada Disember 2021. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN