“Beri peluang pada saya untuk berbakti” – Wan Rosdy

“Beri peluang pada saya untuk berbakti” – Wan Rosdy

7 Mac 2023 (Selasa): YAB Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail memohon dan berharap sokongan perwakilan untuk beliau bagi memberikan khidmat kepada parti Melayu terbesar itu sebagai Naib Presiden UMNO di Pemilihan UMNO 2023-2026 pada 18 Mac nanti.

Beliau berkata, “keputusannya untuk bertanding jawatan tersebut atas kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab dan menabur bakti kepada rakyat dan ahli parti. Atas faktor itu saya ingin bersama-sama kepimpinan parti memulih dan memperkuatkan kembali UMNO.”

Beliau juga mengingatkan, formula memperkukuhkan parti adalah bergerak secara berpasukan bagi memastikan umno kembali mendapat kepercayaan rakyat.

Tegasnya lagi, dalam sejarah pernah berlaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Menteri Besar menduduki jawatan Naib Presiden.

“Saya tidak boleh berada di Pahang sahaja sebaliknya dengan pengalaman yang ada selama mentadbir negeri boleh digunakan sekiranya diberi mandat untuk bersama-sama kepimpinan memulihkan sokongan rakyat kepada parti keramat ini,” jelasnya ketika diwawacara Suara TV. -KabhiIsmail.