Berita baik untuk warga Kuantan yang mahukan suntikan vaksin

Berita baik untuk warga Kuantan yang mahukan suntikan vaksin

Oleh Asrol Awang

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Wisma Belia, di sini, akan memulakan program vaksinasi secara jumpa terus atau `walk-in’, pada 13 hingga 19 September ini.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan menerusi Facebook memaklumkan tawaran itu terbuka kepada warga Kuantan yang berumur 18 tahun ke atas pada tarikh suntikan atau yang masih belum menerima temujanji melalui aplikasi MySejahtera.

“Bagi melancarkan program vaksinasi ini, orang ramai boleh menempah slot melalui capaian https://www.picktime.com/slotvaksincovidpkdkuantan. 

“Mereka yang berjaya mendapatkan slot boleh hadir bermula kira-kira 9 pagi hingga 1 tengah hari,” menurut kenyataan itu.