KUANTAN: Penduduk terjejas banjir di Pahang boleh memaklumkan kepada balai bomba berhampiran jika memerlukan bantuan membersihkan kediaman mereka.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Dato’ Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, arahan berkaitan perkara itu sudah dikeluarkan kepada semua balai bomba di negeri ini.
“Saya sudah maklumkan kepada mereka (pegawai dan anggota bomba) untuk memberikan bantuan jika kawasan terbabit sudah tidak lagi berisiko berlaku banjir,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk terjejas banjir di Kampung Sungai Ular, dekat Cherating, hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Dato’ Zulkhairi Zainol Abidin.
Bantuan itu sumbangan swasta itu diamanahkan kepada JBPM Pahang untuk disalurkan kepada mangsa banjir. – KHALEEF FITRI