KUANTAN: Orang ramai yang ingin pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina (TBC) diminta mengisi borang maklumat untuk pemakluman polis.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata ia bertujuan memastikan keselamatan kediaman serta mengelak kejadian jenayah pecah rumah.
“Pada masa sama, polis akan melakukan pemantauan berdasarkan maklumat yang diterima,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena pelancaran OP Selamat peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sempena TBC 2022 di Pasar Pagi Kampung Jawa, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Kuantan, Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar.
Wan Mohd Zahari bersama Ab Hamid turut mengedarkan risalah keselamatan dan limau mandarin kepada orang ramai di pasar berkenaan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN