Berlapang dada, terima keputusan PRU15 dengan matang

Berlapang dada, terima keputusan PRU15 dengan matang

BERA: Kematangan berpolitik dan keharmonian yang ditunjukkan sepanjang tempoh berkempen perlu dikekalkan tanpa sebarang provokasi melampau.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berharap semua pihak boleh menerima keputusan PRU15 dengan semangat dan kematangan yang tinggi.

“Jangan timbul isu seperti sebelum ini. Seperti dakwaan pengundi Bangladesh sehingga menimbulkan kekecohan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Bandar 32, di Kemayan, hari ini.

Ismail Sabri yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera juga kagum dengan semangat tinggi yang ditunjukkan semua pihak sepanjang tempoh berkempen.

Katanya, kehidupan rakyat akan kembali normal selepas PRU15 dan perbezaan politik tidak seharusnya menjadi punca perselisihan faham di antara satu dengan pihak lain atau di antara individu dengan individu yang lain. – HUSIN IBRAHIM