KUANTAN: Seratus lima puluh pokok ru pantai ditanam pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Pahang di Pantai Balok, di sini, pada kira-kira 9 pagi ini.
Program itu disertai lebih 60 atlet dan pegawai pasukan yang menyertai Kejohanan Badminton MAKSAK 2022 di Dewan Badminton Indera Mahkota.
Program dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah (PHD) Kuantan, Pekan dan Maran itu diadakan dalam usaha mengindahkan lagi kawasan rekreasi Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) yang terkenal di kalangan pelancong tempatan dan luar daerah ini.
Pegawai PHD Kuantan, Pekan dan Maran, Norshazlee Roslee berkata, Program turut disertai Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS), Prof Madya Dato’ Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin.
“Kita berharap pokok ru yang ditanam dapat terus membesar seterusnya mengindahkan kawasan berkenaan yang dapat menjadi kawasan tapak perkhemahan,” katanya.- MOHD IMRAN IZZAD