RAUB: Ibu tunggal berbesar hati apabila memiliki Rumah Rakyat Pahang (RRP) yang diberikan Kerajaan Pahang.
Zariah Mat Ali, 78, dari Kampung Lechar, gembira kerana rumah yang diterima itu selesa buat dirinya sekeluarga.
“Wan sangat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Pahang, khususnya YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang memenuhi impian untuk memiliki rumah yang selesa.
“Bersyukur sangat dengan keprihatinan yang diberikan kerajaan negeri,” katanya.
Zariah menerima kunci rumah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin.
Shahiruddin berkata, beliau berterima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang kerana meluluskan bantuan rumah itu.
“Diharapkan rumah ini dapat membahagiakan keluarga Zariah,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN