Bertuah sungguh penuntut Petama 

Bertuah sungguh penuntut Petama 

KUANTAN: Penuntut Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (Petama) menerima bantuan pengajian RM2,400 setahun daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Selain itu, penuntut Orang Asli itu turut disediakan asrama dan makan percuma sepanjang pengajian.

Pengurus Petama, Razi Musa@Ahmad berkata, Yayasan Pahang turut menyumbang kewangan buat penuntut Petama.

Menurutnya, mereka yang belajar agama di Petama adalah individu bertuah apabila menerima pelbagai bantuan dan bakal diberi peluang bertugas sebagai pendakwah di kampung masing-masing.

“Mereka yang bertugas sebagai pendakwah pula layak menerima elaun mengajar yang disediakan oleh MUIP dan Yayasan Pahang. 

“Sebagai penghargaan MUIP juga turut menghantar golongan pendakwah Orang Asli menunaikan umrah sebagai menghargai jasa mereka,” katanya, di sini semalam. – MOHD IMRAN IZZAD