Bertuoh wokmer dapat kerajaan hok cakna ke rakyat macam gini

Bertuoh wokmer dapat kerajaan hok cakna ke rakyat macam gini

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

TEMERLOH: Sebanyak RM183,000 lagi diperuntukkan Kerajaan Pahang untuk membantu pelbagai golongan dan kali ini rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau dan sekitar sini pula memperoleh manfaatnya.

Adun Kerdau, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata sumbangan itu yang mendapat perhatian YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, merangkumi lapan katogeri permohonan yang membabitkan 120 penerima.

“Pagi ini, saya bersama Adun Semantan, Dato’ Norazmi Mat Ludin, rakan-rakan kepemimpinan UMNO Bahagian Kuala Krau serta Penghulu Jenderak 1, menyantuni dan memberikan bantuan kepada pesakit kronik, JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) serta usahawan yang memohon peruntukan daripada Kerajaan Pahang menerusi Pusat Khidmat Dun Kerdau.

“Secara keseluruhannya, bantuan hari ini berjumlah RM183,000 untuk lapan kategori penerima,” katanya pada majlis penyerahan di Dewan Terbuka Sri Ketumbit di sini, hari ini.

Menurutnya, bantuan hari ini diperuntukkan kepada 39 pesakit kronik yang terdiri 21 orang dari Dun Kerdau, Kampung Dato’ Srif (empat orang), Jengka (sembilan orang) dan Temerloh (lima orang) yang keseluruhannya sebanyak RM39,000. 

“Sumbangan turut diberikan kepada tiga penerima untuk membaik pulih rumah dengan kos sebanyak RM2,000, bantuan perniagaan kepada tiga usahawan (RM3,000) dan sumbangan untuk tiga sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Sentang, Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Jaya dan SK Jengka 13 berjumlah RM20,000.  

“Saya mewakili kerajaan negeri juga menyalurkan bantuan kepada Pejabat Agama Temerloh dan Jengka sebanyak RM22,000; Masjid Mentakab, Jengka dan Surau As-Saadah Taman Intan (RM38,000) selain menyerahkan cek kepada Dato’ Nor Azmi (RM22,500),” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang.

Tambahnya, turut menerima sumbangan ialah sembilan penerima menerusi cek peruntukan Adun di bawah Unit Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM36,500 yang diagihkan kepada JKKK masing-masing selain polis dan bomba setempat.