Biar hobi jadi duit

Biar hobi jadi duit

LIPIS: Golongan wanita digalak menjadikan hobi masa lapang sebagai kerjaya tetap yang boleh menjana pendapatan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Dato’ Mustapa Long, berkata langkah itu sebagai ikhtiar menambah sumber pendapatan keluarga.

“Dengan kemahiran dimiliki, ia mampu membantu menjana pendapatan dan tidak hanya sekadar hobi pada masa lapang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Kursus Kemahiran Jangka Pendek Seni Tangan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Lipis di Kampung Bapong, Padang Tengku di sini, semalam.

Tambahnya, kemajuan teknologi hari ini membolehkan golongan terbabit berniaga tanpa kedai.

“Kini kita boleh membuka kedai dengan menggunakan telefon pintar tanpa perlu kepada premis.

“Apa yang penting kita mampu menukar masalah  menjadi peluang, sekali gus menambah pendapatan,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN