BKC Fasa 1 mula dibayar bermula 6 September ini

BKC Fasa 1 mula dibayar bermula 6 September ini

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini, mengumumkan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa satu akan dibayar bermula 6 September dan dijangka selesai 10 September ini.

Katanya, BKC akan memanfaatkan 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40, serta golongan bujang berkelayakan.

“BKC adalah sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

“Pada 28 Jun lalu, kerajaan mengumumkan Pakej Pemulih sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pembayaran BKC seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang sudah ditetapkan.

“Saya sentiasa peka terhadap keluhan rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

“Kerajaan akan terus komited memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutama kumpulan sasar,” katanya.