TEMERLOH: Rekod khidmat bakti Barisan Nasional (BN) yang cemerlang di Temerloh selama ini sudah cukup membuktikan bahawa parti itu adalah sentiasa menjaga kebajikan rakyat.
Calon Parlimen P088 Temerloh, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata kerana itu tiada sebab untuk BN ditolak oleh pengundi di Temerloh dan di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Mohd Sharkar berkata, UMNO sentiasa ambil peduli masalah setempat termasuk ketika BN gagal mewakili pengundi di parlimen selepas tewas di tangan Pakatan Harapan (PH).
“UMNO dan BN tetap membantu mereka dalam pelbagai sudut seperti menghulurkan bantuan makanan, bersama membantu memindahkan penduduk ke pusat pemindahan banjir.
“Begitu juga ketika kita semua dilanda COVID-19. Kerajaan BN tetap mencari penyelesaian untuk mengurangkan beban rakyat,” katanya.
Mohd Sharkar berkata, kerajaan juga telah mengusahakan projek untuk penyelesaian masalah bekalan air di Temerloh. – HUSIN IBRAHIM