BN menang, Taman Tas maju

BN menang, Taman Tas maju

KUANTAN: Pengundi Taman Tas, di sini, mahukan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan proses pembangunan di kawasan itu bergerak seiring dengan tempat lain.

Peniaga kedai makan, Suhaimi Mahidin, 62, yakin calon baharu BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panching, Fauziah Abd Wahab dapat membawa perubahan yang memberi manfaat kepada penduduk tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

“Adalah menjadi harapan kami BN peroleh kemenangan dan memperbaiki apa yang ditinggalkan wakil rakyat sebelum ini sebagai tanda penghargaan kepada pengundi,” katanya di sini, hari ini.

Shahrul Hanafi Kamarul Hatta, 22, juga mengharapkan kemenangan BN bagi memudahkan mereka menamatkan isu berbangkit yang gagal diselesaikan.

“Saya tidak minta banyak cuma tolong baiki jalan yang rosak, berlubang, pecah dan selenggara sistem saliran serta naik taraf taman permainan di kawasan kampung,” katanya.

Mohd Noor Hamzah, 68, pula berkata dia yakin dengan kelabihan Fauziah iaitu bekas guru yang menetap di kawasan berhampiran Taman Tas dan dikenali ramai penduduk dengan sikap ramahnya.

Dari kiri Shahrul Hanafi Kamarul Hatta, Suhaimi Mahidin dan Mohd Noor Hamzah

“Saya yakin dia adalah calon paling layak dipilih dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat kami,” katanya.- NUR HANNAH KHADIJAH